Bahan-bahan:

1/2 kg siput sedut, dipotong hujung dan dicuci bersih

1 cawan air

1 helai daun kunyit

3 keping asam gelugur

300 g sayur keladi, dibuang kulit dipotong kecil kemudian direbus sehingga empuk

3 cawan santan

Bahan kisar:

5 biji bawang merah

3 cm kunyit hidup

2 camca kecil udang kering

1 1/2 cm belacan

 

Cara membuat:

1. Masukkan siput yang sudahdibersihkan ke dalam periuk beserta air, daun kunyit, asam gelugur, sayur keladi dan bahan kisar.

2. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan santan dan garam. Kecilkan api dan kacau selalu.

3. Selepas masak angkat dan hidangkan untuk berbuka atau bersahur.



Sesungguhnya tidak akan ada dapur itu lagi, gas itu lagi. Musnah.roboh.rebah ke bumi...
Mangkuk dan pinggan dijinjing ke barkzah, selami agama, menghirup ajaran Allah.
Aku merindui, aku mengasihi.

Besar sungguh ujianMu Ya Allah.

Menarik roh dikala gelak tawa masih kedengaran...

Sesungguhnya Allah, dari Kau kami datang, kepadaMu jua kami kembali.
Terima Kasih atas peluangMu Ya Allah, memberi hambaMu peluang untuk dikasihi.


AL-FATIHAH

Ibu Saudaraku, Allahyarhamah Rokiah Bt. Ramli
1953-2009


ukiran oleh hukhaireel hazim hezatch

0 kritikan & komentar:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates