Gusar mahu menjawab

Dalam bentuk apa, semuanya nampak salah

Agar fasih lidah berbicara

Agar celik mata memandang
Agar tak tuli telinga mendengar



Semua tertanya, semua tertawa

itu sekarang
Semua terkejut, semua marah
itu nanti



Melingkari seluruh minda untuk mencari satu penyelesaian. Mata-mata yang makin jelik memandang dan bahu-bahu tak mampu memikul. Dicampak ke sana, ke sini... bagai satu habuk yang singgah di bulu mata.
AKU BOSAN
AKU MALAS MEMIKIRKAN
Argghhhhhhhh

Tapi, sedari tanggungjawab
Aku yang mulakan
Aku perlu akhiri

1000 pintu, 1003 aku hunuskan jawapan

Amarahku tentukan masa.tempat.siapa


ukiran oleh hukhaireel hazim hezatch
Musuh depan mata
Baik.Sopan.Luluh hati berkawan

Kawan belakang kepala
Geram.Sial.Naik darah berkawan

Siapa yang aku patut gaul dalam lipatan pergaduhan
Siapa yang aku patut kikis dalam lipatan persahabatan
Siapa yang aku patut jadi untuk menjadi seorang sahabat
Siapa yang aku patut wujudkan dalam aku untuk menjadi aku

Aku serik mencari sahabat
Resah menjadi seorang sahabat

Aku akar, kau pucuk
Aku garam, kau gula
Aku pelita, kau mentol
Aku tahu, kau alpa...
ukiran oleh hukhaireel hazim hezatch
Mengorak langkah dalam gelap gelita
Tanpa asap pelita aku melangkah

aku fobia pada FOKUS
aku sukar untuk menerima FOKUS orang pada aku
aku adalah aku
aku adalah telus
dulu aku FOKUS, kini aku sedar

Peluang untuk menamatkan kontrak ini sudah tiba
Aku akan melangkah dalam gelap
Biar senang tak dilihat orang
Biar tak malu dek impak yang mendatang

Sabar dan jujur
Kunci keja.ya.annya
ukiran oleh hukhaireel hazim hezatch
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates