January 01, 2007 pada 00:01:00 |  

k, startg ths nw yr, aku nye blog wil b rojak! cm le wt u'al easier je nk bca.. ape2pn, blaja gak english ckit2..xrugi beb! k, c ya!
ukiran oleh hukhaireel hazim hezatch label

7 kritikan & komentar:

Anonymous said...

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah semestinya akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu. Ingin menjadi jutawan? Maka, didepan anda akan ada SEJUTA rintangan! Betul… saya telah melaluinya

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

11:36 am  
Anonymous said...

Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri hidup. Mat Salleh panggilnya procrastination.

Terlalu ramai yang tidak mencapai matlamat mereka oleh kerana walaupun mereka sedar dan telah menetapkan matlamat, mereka ada sahaja alasan masa untuk memulakannya adalah salah- hari tidak betul, minggu tidak betul, bulan tidak betul dan tahun tidak betul. Industri tidak betul. Market tidak betul. Sehingga akhirnya terlalu lewat!

3 sebab utama penangguhan kerja:

Terlalu banyak alasan
Tidak sirius dalam mengambil keputusan
Tiada deadline dalam matlamat
Untuk mengelakkan penangguhan kerja, tanya diri sendiri pada ketika itu- adakah anda memberi terlalu banyak alasan untuk tidak memulakan kerja? Adakah anda sirius dalam mengambil keputusan? Adakah anda menulis deadline (tarikh) untuk mencapai matlamat kerja tersebut? Jawapannya:

Hentikan memberi alasan (Orang lain buat duit, kita buat alasan)
Mula sirius dalam mengambil keputusan hari ini! (Terlalu banyak anda dan keluarga akan rugi sekiranya anda tidak serious dalam hidup)
Tulis deadline atau tarikh untuk mencapai sesuatu matlamat (walaupun kerja-kerja kecil- tulis tarikh deadline tersebut. Dengan hanya menulis deadline, ia akan mengubahkan mentaliti anda)

11:43 am  
Anonymous said...

Dalam pengurusan masa, sekiranya anda mempunyai banyak tugasan yang perlu di lakukan dalam sehari, yang mana patut anda mulakan dulu?

Pakar pengurusan masa berpendapat bahawa anda patut mulakan tugasan yang paling BESAR dan paling SUSAH terlebih dahulu. Lakukannya di awal pagi sebelum melakukan tugasan-tugasan yang lebih kecil.

Hakikatnya, lebih ramai yang suka melakukan dan menyiapkan kerja-kerja kecil sehingga siap terlebih dahulu sebelum memulakan kerja yang besar.

Kebaikan memulakan kerja yang susah dahulu di awal pagi adalah, kebanyakan insan paling produktif di awal hari berbanding dengan lewat. Sekiranya kerja besar dilakukan pada lewat hari, produktif menurun dan masa yang diambil untuk menyiapkan kerja besar tersebut berganda-ganda!

11:46 am  
Anonymous said...

Tidak kira tahap mana kepakaran anda, anda masih perlu menuntut ilmu. Dan cara termudah dan terpantas adalah dengan bertanya!
Sehingga kini saya masih lagi menuntut ilmu dan menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan,. Bertanya memudahkan pembelajaran oleh kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dengan apa yang ingin anda cari.
Entah kenapa, seringkali, bila seseorang itu ingin bertanya, beliau merasakan dirinya amat rendah. Akhirnya, beliau tidak bertanya dan simpan sendiri segala persoalanan.
Apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu. Dengan ilmu tersebut, kita boleh kembangkannya dan mengaplikasikannya dengan cara tersendiri. Jangan malu dalam bertanya, sekiranya malu bertanya, maka anda sendiri yang akan rugi!

11:50 am  
Anonymous said...

Kadangkala amat sukar untuk kita melihat keistemewaan yang ada pada diri sendiri. Selalunya, orang lain yang akan dapat melihat keistemewaan kita. Sama seperti anda sering melihat keistemewaan yang ada pada orang lain dan tidak pada anda.

Jangan segan bertanya dengan orang lain, rakan-rakan atau keluarga. Atau, anda juga boleh mendapatkan “hint” dari cara orang lain mendampingi anda. Dimanakah keistemewaan yang ada

11:57 am  
Anonymous said...

cermin diri anda!

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat masa depan anda.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan, anda perlu ketahui dimanakah tahap ilmu perniagaan anda ketika ini. Sekiranya anda bermatlamat untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda, anda perlu lihat kedudukan keuntungan perniagaan anda ketika ini dan dari mana datangnya keuntungan tersebut supaya anda tahu bagaimana caranya untuk melipatgandakan keuntungan anda.

12:00 pm  
Anonymous said...

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”. Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyinya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Bagaimana hendak meningkatkan keyakinan anda? Mainkan lagu di atas tadi berpuluh-puluh kali di dalam kepala anda!;) Katakan kepada diri anda sendiri berkali-kali bahawa “You can do it!”

12:04 pm  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates